AL-FATHU AR-RABBANI WA AL-FAIDHU AR-RAHMANI: inilah butir-butir emas abadi yang digali dari pengalaman, pemikiran, dan pengembaraan ruhani Syekh Abdul Qadir al-Jailani, yang dituangkannya pada setiap hari Ahad, Selasa, dan Jum’at melalui ceramah, diskusi, fatwa, i’tibar, atau suluk bersama para jamaahnya. Terkumpullah kemudian 62 jalan hidup untuk menjadi kekasih Allah ini.
Adapun Alam Hakikat itulah yang dinamakan "Ilmu Kaum Sufi". Maka ini bererti
ilmulah sahaja yang dapat menyampaikan kita kepada pengetahuan Tuhan kita
dan diri kita. Sehingga dikatakan sudah terbentang beberapa nas yang begitu jelas
dan terang daripada beberapa buah kitab seperti Al-Fatwa al-Haditsiyyah oleh Al-'Arif
billah Syeikh Ibnu Hajar dan lain-lain yang melarang sama sekali muthala'ah kitab kaum
Sufi.
Ini bukan bererti dilarang kepada orang-orang ahlinya mengarang atau mengajar atau
mempelajarinya tetapi sesungghnya sudah menjadi kewajipan orang-orang seumpama
itu menghidupkan "Ilmu Kaum Sufi" (Alam Hakikat) itu kerana sudah hampir pupus
dan tidak ada ahlinya lagi.
Ketahuilah! Setiap perkara yang sudah diperjelaskan di dalam kitab ini berupa fasal-fasal, segala nafsu, roh , segala alam, maqam-maqam, hakikat diri, dan hakikat roh, kesemuanya itu hendaklah dituntut dan dipelajari dengan sempurna kepada Guru-guru (Guru Mursyid yang kamil mukammil) yang benar-benar mengerti dan mampu memahami jalan ini dengan sempurna hakikat dan Ma'rifat kepada Allah Taala dengan benar.
Janganlah kamu hanya mengambil setakat apa yang ada di dalam kitab-kitab sahaja tanpa berguru, maka kamu akan sesat nanti.
Sebagaimana kata hadith ini, mafhumnya:
"Sesiapa yang tidak ada baginya Guru (Syeikh), maka gurunya syaitan."
“Dan telah mengeluar oleh Abu Naim lagi akan membangkit oleh Allah akan seorang lelaki daripada keluargaku jarang gigi hadapan, luar dahinya ertinya tersingkat rambut daripada dahinya yang memehuhi akan bumi (dengan ) adilnya yang mencurahi akan hartanya akan sebagai curah dan telah mengeluar oleh Ruyani dan Tabrani dan lain-lain daripa keduanya. Bermula Mahdi itu daripada anakku dan mukanya itu seperti bintang terkarang. Bermula warnanya itu warna Arabi dan jisimnya jisim Israel ertinya tinggi, memenuhi akan buminya itu seperti yang memenuhi bumi itu juara, redhalah akan jadi Khalifat itu ahli langit dan ahli bumi dan telah datang warad pula di dalam kitab Hilyah bahwasanya Mahdi itu orang muda lagi bercelak dua matanya lagi halus dua keningnya , tinggi hidungnya lagi bongkok sedikt hujungnya itu, lebat janggutnya atas pipi kanannya itu, tahi lalat. Dan telah berkata Syeikh Kutubul Quwah Saidi Muhyiden Ibn Arabi di dalam Futuhat ,” Ketahui olehmu bahwasanya tiada dapat tiada daripada keluar Mahdi itu tetapi tiada keluar ia hingga memenuh bumi itu juara dan zalim maka memenuhi ia akan dia qasad (tak berat sebelah) dan adil iaitu daripada keluarga Nabi saw daripada walad Fatimah r.ha.”
Kitab Syarah Hikam Abi Madyan ini merupakan terjemahan dan ulasan daripada seorang 'Ulama' yang tersohor sejak dulu sehingga kini, iaitu Qutub Ad-Din Al-'Alim Al-'Alamah Al-'Arif Al-Rabbani As-Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah Al-Fattani ra. Kitab ini merupakan suatu karya yang sangat berharga lantaran begitu banyak rahsia-rahsia perjalanan dan pengabdian sufi didedahkan secara terbuka yang sangat sedikit orang-orang awam seperti kita ini mendengarnya apatah lagi meminatinya. Oleh itu, janganlah cepat melenting dan tergesa-gesa menuding jari mengatakan ilmi ini sesat dan tidak betul.Untuk memahaminya agak sukar terutama orang yang kurang atau langsung tidak tahu tentang ilmi ini(ilmu Ahli Tasawuf).
Ilmu tasawuf adalah ilmu rasa ilmu dzauf. Sesiapa yang merasai dan mengalaminya, sendiri akan faham dan mengetahuinya. Untuk merasainya perlulah memasuki dan mengembara pada jalan kerohanian yang dibimbing oleh guru Mursyid yang kamil mukammil lagi Akmal yang sudah merasai dan bergelumang dalam alam Misal, alam Arwah, alam Malakut, alam Jabarut, alam Lahut, alam Yahut dan alam Hahut (sila lihat dan rujuk dalam carta / rajah Hakikat Ilmu Tanazzul / Martabat Tujuh Hadhrat Insan yang ada pada Syeikh Mursyid masing-masing). Ilmu ini juga dinamakan ilmu Laduni, ilmu yang datang terus dari Majlis Ketuhanan yang tidak perlu dipelajari,bahkan tidak ada jalan untuk dipelajari dariapda sesiapa pun. Hanya ia adalah kurniaan khusus daripada Allah Taala yang diberikan kepada hambaNya yang pilihan dan utama.
Wahai penuntut al-Haq! Jika anda ingin wushul kepada Allah Taala (sampai kepada Ma'rifat) pertama sekali hendaklah anda sentiasa mengikut Nabi S.A.W
pada perkataan dan perbuatannya, zahir dan batinnya. Kemudian anda mengerjakan Muraqabah atau Haq Taala. Pada kali yang kedua, Muraqabah dengan makna kalimah Thaiyyibah (La ilaha illa Allah) tanpa syarat berair sembahyang, tetapi jika ada air sembahyang itulah lebih utama.
Sesetengah ulama' yang bergerak menuju kepada Allah Taala adalah umpama orang yang ingin bermusafir memutuskan setiap marhabah (perhentiannya).Jadi, tak dapat tidak orang yang bermusafir dalam sepanjang perjalanannya itu adalah orang yang mu'alim (guru/sifu) yang tahu selok belok tentang jalan yang dilaluinya itu juga memerlukan bekalan, kenderaan, teman/ sahabat dan alat senjata untuk menghadapi dan menentang musuhnya agar dapat menakutkannya.
Demikian jugalah bagi orang yang salik, tak dapat tidak perlu kepada Syeikhnya (Mursyid) untuk menjalankannya (memandunya), yang 'Arif dan tahu tentang perjalanan Tharekatnya yang sudah pun dijalaninya (dilaluinya).Malahan, beliau mengetahui yang baik dan jahatnya, dan tak dapat tidak perlu juga kepada bekalan, iaitu Taqwa Allah dan memerlukan kenderaannya, iaitu Himmah (semangat kemahuan yang keras).
Nama Syekh Siti Jenar sudah tidak asing lagi di telinga masyarakat, khususnya masyarakat Jawa. Ia dikenal sebagai tokoh yang memopulerkan ajaran manunggaling kawula Gusti, yaitu kesatuan antara hamba dengan Tuhan. Ajaran ini pula dianggap sesat dan berseberangan dengan Wali Sanga, bahkan menjadi momok yang menakutkan bagi banyak orang dari dahulu hingga sekarang. Itulah sebabnya, Syekh Siti Jenar pun dijatuhi hukuman mati karena dianggap “salah” menyebarkan ajaran ini kepada orang awam.
Di sisi lain, ajaran manunggaling kawula Gusti dinyatakan sebagai tingkatan terakhir dari tangga makrifat oleh orang Jawa. Kalau begitu, bagaimana sebenarnya model ajaran makrifat dilestarikan dan diajarkan dalam masyarakat Jawa? Siapakah pula para pelaku atau tokoh-tokoh yang menyebarkan ajaran makrifat tersebut?
Buku yang ada di tangan Anda ini mengulas secara detail tentang perjalanan ajaran makrifat Jawa yang berdasar pada teks-teks kuno semacam Serat Wirid Hidayat Jati dan sumber lainnya. Bahkan, bersama buku ini, Anda mengetahui lebih banyak tentang sosok para pelaku ajaran makrifat di tanah Jawa.
Syirabul Muntahi Santapan Orang Muntahi - Menyingkap Rahsia Diri Orang Sufi
Wahai saudaraku! Wallahi ! Demi Allah! Janganlah anda tunjukkan kepada asing (orang yang bukan Ahli) dan kepada yang bukan tempatnya, terutama kepada orang yang tidak pernah mendapat (mendengar) perkataan ini lantaran lantaran rahsia ini adalah larangan Allah Taala dan peringatan Rasulullah saw.
Oleh itu, hendahlah saudaraku simpan dengan sungguh-sungguh dan sekuat anggotamu, sudah tentu dunia akhirat kita bersaudara nanti. Insya’ Allah Taala.